Minggu, 25 September 2011

Istimewanya wanita

1). Doa wanita lebih makbul dari pada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
 
2). Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari pada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3). Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4). Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail A.S

5). Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di
dalam syurga.

6). Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

7). Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8). Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9). Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

0). Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

1). Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).

2). Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah
S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W “Ibunya.”

3). Perempuan apabila sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

4). Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000tahun).

5). Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

6). Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

7). Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

8). Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

9). Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah S.W.T. Dan masih banyak lagi. . . . . . . . . . . .
WALLOHU A'LAM

Sumber: berbagai sumber.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar